Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • “Tugas selesai” ketika pasukan United, Solskjaer mara ke suku akhir
  • SUKAN

“Tugas selesai” ketika pasukan United, Solskjaer mara ke suku akhir

Utusan Sarawak 5 years ago

Manchester United's Nigerian striker Odion Ighalo (C) hooks the ball away during the UEFA Europa League last 16 second leg football match between Manchester United and Linzer ASK at Old Trafford in Manchester, north west England, on August 5, 2020. (Photo by Oli SCARFF / AFP)

ODION Ighalo (tengah) mengawal bola ketika perlawanan kedua peringkat 16 pasukan terakhir Liga Europa antara Manchester United dan Linzer ASK di Old Trafford di Manchester, barat laut England. • Foto AFP

PENGURUS Manchester United, Ole Gunner Solskjaer memuji prestasi persembahan pasukan kedua beliau untuk mara ke suku akhir Liga Europa dengan kemenangan 2-1 ke atas LASK semalam.

United mendahului 5-0 daripada perlawanan pertama mereka pada bulan Mac dan akan menentang Copenhagen yang menikmati kemenangan 3-0 semalam ke atas Istanbul Basaksehir dalam perlawanan peringkat 16 pasukan terakhir mereka.

Pemain utama seperti Paul Pogba, Marcus Rashford dan Anthony Martial diletakkan di bangku pemain simpanan sementara pemain seperti Jesse Lingard dan Fred bermula di Old Trafford yang hampir kosong.

“Itu satu latihan yang baik, tugas selesai, beberapa minit masa permainan dan siap sedia untuk melakukan perjalanan,” kata Solskjaer kepada penyiar BT Sport.

“Kurang ketajaman apabila anda tidak bermain secara tetap. Beberapa orang daripada mereka benar-benar tidak bermain sejak ‘lockdown’. Kali terakhir mereka bermain menentang Norwich sebulan lalu,” tambahnya.

Walaupun United selesa mendahului daripada perlawanan pertama pada 12 Mac, pasukan pelawat menimbulkan masalah sejak awal.

Tandukkan kencang Andres Andrade terkena palang selepas 10 minit sebelum Peter Michorl melepaskan percubaan liar selepas 15 minit.

Pasukan yang berpangkalan di Linz terpaksa menunggu sehingga babak kedua untuk memecahkan kebuntuan ketika pemain pertahanan Philipp Wiesinger melakukan percubaan ke sudut atas daripada luar kotak penalti setelah 55 minit perlawanan berlansung.

Kegembiraan mereka dipendekkan ketika Lingard menyamakan kedudukan menerusi serangan balas untuk United tiga minit kemudian.

Martial menjaringkan gol kemenangan perlawanan dua minit sebelum sebelum wisel penamat walaupun penjaga gol LASK, Alexander Schlager berjaya menepis percubaan penyerang dari Perancis itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Bekas pengurus SU IV meninggal dunia
Next: Penentu ‘The City Boys’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.