THOMAS Tuchel memberi pujian kepada pasukan Paris Saint-Germain kendaliannya setelah mereka mara ke final Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama, meletakkan pasukan dari Perancis itu di ambang kegemilangan Eropah yang dinangti-nantikan.
“Luar biasa, itulah sebabnya kami di sini untuk bermain di final dan menang,” kata Tuchel kepada penyiar Perancis RMC.
“Kami menunjukkan kualiti, rasa dahaga, tekad kami. Perpaduan yang baik yang menunjukkan kami layak menang.”
“Pasukan sekali lagi menunjukkan keinginan untuk menang, untuk bermain bersama, menderita bersama. Mereka memanfaatkan segalanya.”
Kemenangan mudah 3-0 Paris SG ke atas RB Leipzig di Estadio da Luz di Lisbon menunjukkan ketenangan pasukan di pentas terbesar Eropah yang tiada pada mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini.
Pasukan Tuchel akan berhadapan dengan Bayern Munich atau pasukan dari Perancis, Lyon dalam aksi final pada Isnin, yang dapat menyaksikan kelab yang dimiliki Qatar itu akhirnya merealisasikan cita-cita pemiliknya.
“Saya merasakan tekanan sebelum perlawanan, itu tidak mudah, saya mempunyai pemain yang menyukai tekanan untuk bermain dalam perlawanan penting yang tidak pernah saya santai,” kata Tuchel.
“Kami tahu dengan baik bahawa Bayern merupakan pasukan pilihan, ia pasti sukar untuk menentang Lyon, tetapi kita akan lihat. Ini jelas merupakan cabaran terbesar dalam karier saya.” – AFP