Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tuai rumah pemangkin ekonomi komuniti rumah panjang di Spaoh
  • Tengah
  • WILAYAH

Tuai rumah pemangkin ekonomi komuniti rumah panjang di Spaoh

Utusan Sarawak 3 weeks ago
RASMI…Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan majlis Pra Gawai Dayak dan makan tengah hari anjuran Persatuan Penghulu Rumah Panjang Rimbas Ulu dekat sini, hari ini. Foto: ADUN Bukit Saban

SPAOH: Tuai rumah panjang kini mempunyai satu lagi tanggungjawab besar terhadap penghuni mereka adalah untuk membantu mereka menambah pendapatan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ini amat penting, walaupun Sarawak telah diisytiharkan sebagai wilayah berpendapatan tinggi, masih terdapat penduduk yang berpendapatan rendah dan tidak stabil.

Beliau berkata pengecualian adalah kepada masyarakat petani kelapa sawit dan lada.

“Meningkatkan pendapatan rakyat juga merupakan agenda teras kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Jadi ketua rumah panjang sebagai pemimpin akar umbi mempunyai tanggungjawab yang sangat berat dalam memastikan perkara ini berhasil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Pra Gawai Dayak dan makan tengah hari anjuran Persatuan Penghulu Rumah Panjang Rimbas Ulu, hari ini.

Uggah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban turut menerangkan kepada ahli persatuan itu tentang setiap bantuan daripada beliau dan wakil rakyat lain dalam usaha berkaitan.

Beliau berkata ahli persatuan itu akan mengadakan lawatan sambil belajar ke ladang atau pusat kraftangan yang sudah sedia ada di luar negeri, dan tidak menganggap lawatan itu adalah riadah semata-mata. 

“Apabila anda melawat ladang yang memberi tumpuan kepada sistem fertigasi atau hidroponik, cuba dapatkan sebanyak mungkin pengetahuan tentang bagaimana ladang tersebut diuruskan dan apa yang menjadikannya berjaya.

“Kongsi pengetahuan dengan pengikut anda,” katanya sambil menambah bahawa kaedah moden ini adalah jalan ke hadapan dalam sektor pertanian tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Betong Dato Dr Richard Rapu menasihatkan penduduk luar bandar untuk menggunakan sepenuhnya Pusat Penyebaran Maklumat Negara (NADI) yang diwujudkan untuk mempromosikan dan menjual kraftangan dan produk makanan mereka.

Pada majlis itu Uggah turut menyerahkan watikah pelantikan kepada lenghulu dan beberapa tuai rumah panjang di kawasan Rimbas Ulu yang mempunyai sejumlah 32 buah rumah panjang.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program sosial, budaya perkukuh semangat perpaduan di Subis
Next: Subis berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan budaya, makanan – Abdul Karim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.