Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump umum calon hakim Sabtu ini
  • GLOBAL

Trump umum calon hakim Sabtu ini

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN Donald Trump.

WASHINGTON: Presiden Donald Trump mungkin akan memilih calon hakim Mahkamah Agung pada akhir minggu ini dan sedang mempertimbangkan siapa yang sesuai bagi menggantikan Ruth Bader Ginsburg, lapor agensi berita Sputnik.

Trump mempunyai lima calon wanita untuk dipertimbangkan.

“Saya boleh katakan mungkin pada Jumaat atau Sabtu saya akan umumkan pilihan saya. Lima calon wanita sedang dipertimbangkan dan dinilai dengan sangat teliti,” kata Trump kepada wartawan pada Isnin.

Trump mengulangi bahawa beliau mahu nama calon hakim Mahkamah Agung dikemukakan di Senat sebelum pilihan raya presiden 3 November.

“Saya lebih suka ia dibuat sebelum pilihan raya … dan kita mempunyai banyak masa untuk melakukannya,” katanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menambah perbincangan dengan beberapa calon sudah dibuat dan merancang untuk mengadakan lebih banyak pertemuan tidak lama lagi.

Hakim Mahkamah Agung Ruth Bader Ginsburg meninggal dunia pada Jumaat akibat kanser pankreas.

Pemimpin Senat Mitch McConnell pada Jumaat berkata Senat akan mengundi calon yang menjadi pilihan Trump, dan tindakan itu dilihat tidak mempedulikan kritikan Demokrat yang mahu proses itu dilakukan selepas pilihan raya. Parti Republikan mempunyai majoriti 53-47 di Senat.

Pada Isnin, FOX News melaporkan – memetik sumber – Trump bertemu Hakim Amy Coney Barrett, 48, calon yang dikatakan berpotensi untuk mengisi kekosongan itu.- Bernama

Continue Reading

Previous: Import kereta Vietnam meningkat
Next: China, India setuju ketegangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.