Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump tangguh tarif 90 hari: 15 negara kemuka cadangan perjanjian perdagangan
  • GLOBAL

Trump tangguh tarif 90 hari: 15 negara kemuka cadangan perjanjian perdagangan

Utusan Sarawak 2 months ago

Pentadbiran AS mengesahkan menerima tawaran rundingan perdagangan daripada lebih 15 negara, susulan pengumuman Presiden Donald Trump menangguhkan pelaksanaan tarif global selama 90 hari. - Foto AFP

WASHINGTON: Pentadbiran Amerika Syarikat (AS) mengesahkan menerima tawaran rundingan perdagangan daripada lebih 15 negara, susulan pengumuman Presiden Donald Trump, kelmarin yang menangguhkan pelaksanaan tarif global selama 90 hari, menurut laporan Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Pengarah Majlis Ekonomi Negara, Kevin Hassett berkata kepada Fox News bahawa perkembangan itu bukan bermakna perjanjian sudah dicapai, namun ia menunjukkan bahawa wakil negara terbabit menghubungi dan mengemukakan tawaran yang jelas di meja rundingan.

Beliau menegaskan bahawa tidak akan ada penyelesaian segera, sebaliknya disesuaikan mengikut keperluan dan matlamat bersama.

Menurut kenyataan terdahulu daripada pentadbiran Trump, lebih 75 negara menghubungi Rumah Putih bagi menyatakan kesediaan untuk memulakan rundingan perdagangan.

Bagaimanapun, Trump dalam satu kenyataan berkata, China belum membuat sebarang panggilan setakat kelmarin.

Sementara itu, Hassett berkata, satu mesyuarat bersama pegawai kanan pentadbiran akan diadakan bagi menyusun keutamaan dasar yang akan dibentangkan kepada Presiden, berdasarkan pandangan pakar.

Walaupun Trump menangguhkan tarif terhadap sebahagian besar rakan dagang utama Amerika Syarikat, tarif ke atas China masih dikekalkan. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Prada ambil alih pesaing, Versace
Next: New York kekal bandar terkaya dunia, Dubai catat lonjakan pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.