Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi
  • GLOBAL

Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi

Utusan Sarawak 4 months ago

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berhasrat untuk menarik diri sekali lagi daripada Perjanjian Iklim Paris, dengan Rumah Putih menyenaraikan langkah itu sebagai satu daripada keutamaan utama.

Penarikan diri itu perlu dikemukakan secara rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan akan berkuat kuasa selepas tempoh setahun, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan Rumah Putih.

Langkah ini akan menyaksikan AS menarik diri secara besar-besaran daripada usaha global untuk menangani perubahan iklim.

Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai “bencana” dan “penipuan” yang merugikan AS.

Perjanjian Iklim Paris, yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak Iklim PBB 2015 di Paris, bertujuan mengehadkan pemanasan global kepada  bawah dua darjah Celsius berbanding paras pra-industri, dengan sasaran aspirasi 1.5 darjah.

Matlamat ini telah ditegaskan semula dalam beberapa persidangan iklim untuk mengurangkan kesan iklim yang serius, termasuk gelombang haba, kemarau, kebakaran liar, ribut, dan banjir yang semakin kerap berlaku. – Bernama – dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump isytihar darurat di sempadan, perkenal dasar jantina baharu
Next: Trump pecat empat pegawai lantikan Presiden Biden

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.