Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Trend vape bercampur dadah sintetik dalam kalangan belia membimbangkan
  • TEMPATAN

Trend vape bercampur dadah sintetik dalam kalangan belia membimbangkan

Utusan Sarawak 9 hours ago
RESPON MEDIA…Penguang bersama Ang Ek Chong dan Ali Adap ketika bersama media di Limbang.

LIMBANG: Trend penggunaan rokok elektronik (vape) di Sarawak semakin membimbangkan apabila terdapat penyalahgunaan kandungannya dengan campuran bahan terlarang, termasuk dadah sintetik, khususnya dalam kalangan belia.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, vape yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai alternatif kepada rokok kini bertukar menjadi medium ketagihan yang membimbangkan apabila disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, isu utama bukan terletak pada peranti vape itu sendiri, tetapi kandungan cecair yang digunakan, yang ada antaranya dicampur dengan bahan terlarang.

“Vape secara keseluruhannya tidak berbahaya. Namun, apa yang membimbangkan ialah kandungan dalam vape itu sendiri yang disalahgunakan oleh pihak tertentu dengan mencampurkan bahan terlarang.

“Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan sedang meneliti masalah ini dan tidak menolak kemungkinan untuk memperkenalkan garis panduan atau undang-undang yang lebih khusus bagi mengawal penggunaan vape pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif (PDP) di Limbang, hari ini.

BERSELOROH…Penguang kelihatan berseloroh dengan Ali Adap dan media sebaik tiba di Limbang.

Mengulas lanjut, Penguang berkata sebarang langkah pengawalseliaan yang lebih menyeluruh memerlukan kerjasama dan tindakan di peringkat Persekutuan memandangkan isu tersebut melibatkan dasar serta perundangan negara.

Beliau turut menegaskan bahawa garis panduan yang lebih ketat perlu diwujudkan sekiranya penyalahgunaan vape dengan campuran bahan terlarang seperti cendawan halusinogen (mushroom) dan dadah sintetik terus berleluasa.

Katanya, langkah penguatkuasaan dan kawalan yang lebih berkesan penting bagi melindungi golongan muda daripada terjebak dengan ketagihan serta penyalahgunaan bahan terlarang melalui penggunaan vape.

PERJUMPAAN…Penguang disambut meriah Ahli Majlis Tertinggi Parti Demokratik Progresif (PDP) di Limbang.

Turut hadir isteri beliau, Datin Monica Ukong Jaya; Ahli Majlis Tertinggi Pusat PDP Sarawak, Ali Adap; Ketua Penerangan Pemuda PDP Nasional yang juga Ketua Pemuda PDP Batu Danau, Daniel Taha; Pengerusi PDP Bukit Kota, Ang Ek Chong; serta Ketua Wanita PDP Batu Danau, Kaunselor Lim Goon Tee.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Vape wajar diharamkan, saluran baharu penularan dadah sintetik – Abdul Karim
Next: PAC Sarawak tinjau kemajuan projek jalan akses Empangan Hidro Baleh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.