
BINTANGOR: Paras air di tebingan Sungai Rajang dalam keadaan terkawal walaupun trend air pasang berlaku semasa rondaan pemantauan pihak bomba, malam tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin, pemantauan selama 30 minit tersebut dijalankan oleh dua orang anggota bomba.
“Rondaan pemantauan dijalankan bermula 10.00 malam hingga 10.30 malam.
“Trend air pasang sedang berlaku semasa pihak kami menjalankan pemantauan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, cuaca baik ketika rondaan pemantauan tersebut dijalankan.
“Alhamdulillah, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan pemantauan,” katanya.
Oleh Earl Anek