KUCHING: Kualiti udara di Sarawak menunjukkan keadaan kurang baik apabila lima kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat, manakala 13 kawasan berada pada tahap tidak sihat setakat 8.00 malam ini.
Berdasarkan data bacaan IPU Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak, kawasan yang mencatat tahap sangat tidak sihat ialah Kuching (232), Samarahan (213), IPD Serian (MCAQM) (231), Sri Aman (202) dan Lundu (287).
Sebanyak 13 kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, iaitu Sarikei (183), Sibu (161), Mukah (180), Bintulu (166), Samalaju (178), Miri (163), ILP Miri (174), Tebedu (183), Kanowit (175), Lawas (102) dan Betong (MCAQM) (176).
Kapit (97) dan Limbang (82) pula berada pada tahap sederhana, manakala Bario (38) merekodkan kualiti udara pada tahap baik.
Secara keseluruhan, majoriti kawasan pemantauan di Sarawak kini merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan sangat tidak sihat.
Oleh Masrin Affirah




