Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi ngabang perkukuh perpaduan masyarakat Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

Tradisi ngabang perkukuh perpaduan masyarakat Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
SELAMAT GAWAI… Datuk Rosey Yunus ketika ngabang ke rumah setiausaha sulit beliau, William Changgan di Taman Tunku, Miri malam tadi.

BEKENU: Amalan kunjung-mengunjung atau tradisi ngabang yang menjadi sebahagian daripada sambutan Hari Gawai terus memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Tradisi yang diamalkan setiap kali musim perayaan itu membuktikan bahawa Hari Gawai bukan lagi sekadar perayaan tradisi masyarakat Dayak, malah telah berkembang menjadi simbol kukuh perpaduan yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang di Sarawak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus berkata, melalui budaya rumah terbuka dan saling menziarahi, masyarakat Dayak, Melayu, Cina serta kaum lain berpeluang berkumpul, berkenalan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

“Tradisi ngabang menjadi platform terbaik untuk memupuk semangat muhibah serta memperkukuhkan persefahaman antara kaum yang sekian lama menjadi identiti dan kebanggaan rakyat Sarawak.

“Keterbukaan masyarakat menerima kehadiran tetamu tanpa mengira bangsa dan agama mencerminkan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan rakyat negeri ini.

“Tradisi kunjung-mengunjung bukan sahaja mengeratkan hubungan persaudaraan, malah menjadi medium untuk masyarakat memahami serta menghargai kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak,” katanya ketika mengadakan beberapa rumah panjang di Bekenu.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, sambutan Hari Gawai juga diraikan secara inklusif yang sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan yang diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat.

“Dalam pada itu, masyarakat bukan Dayak turut mengambil peluang menyertai kemeriahan sambutan dengan mengenakan pakaian tradisional serta menikmati pelbagai juadah istimewa seperti pansuh, kuih sarang semut dan hidangan tradisional lain yang disediakan oleh tuan rumah.

“Tradisi yang diwarisi turun-temurun itu bukan sahaja memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Dayak kepada kaum lain, malah menjadi pemangkin kepada kestabilan sosial dan kesejahteraan komuniti,” jelasnya.

Dalam pada itu, semangat perpaduan yang dipupuk melalui sambutan Hari Gawai diyakini akan terus menjadi asas kukuh dalam mengekalkan keharmonian kaum serta mempererat hubungan antara masyarakat di Bumi Kenyalang.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 25 saman dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu di Lebuh Raya Pan Borneo
Next: Jalan utama bandar Betong ditutup sementara sempena perarakan Gawai Dayak, esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.