Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tradisi agihan limau mandarin, kad, kalendar diteruskan di sekitar bandar Bintangor  
  • Tengah
  • WILAYAH

Tradisi agihan limau mandarin, kad, kalendar diteruskan di sekitar bandar Bintangor  

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Koung Hiing, dan isteri, Datin Kueh Nai Fun meneruskan tradisi mengagihkan limau mandarin, kad Tahun Baharu Cina (TBC) dan kalendar 2025, semalam. 

Program tersebut merupakan anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor. 

Koung Hiing yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor berkata, mengagihkan limau mandarin merupakan salah satu simbol perpaduan kaum tanpa mengira bangsa ketika sambutan perayaan TBC. 

“Tradisi agihan buah mandarin kepada orang ramai merupakan simbolik perpaduan selain melambangkan semangat kebersamaan masyarakat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama.

“Selamat Tahun Baru Cina dan semoga perayaan ini diraikan dalam suasana penuh muhibbah dan sejahtera,” katanya ketika ditemui media selepas selesai mengagihkan limau mandarin di sekitar Pasar Tamu Bintangor serta kedai-kedai di bandar Bintangor. 

Dalam pada itu, beliau juga berharap ekonomi rakyat negeri ini khususnya di bandar Bintangor akan terus berkembang dan rakyat hidup bersatu padu dalam suasana penuh harmoni. 

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor Chieng Buong Ong, Setiausaha SUPP Cawangan Bintangor Lau Sie Hing, Bendahari SUPP Cawangan Bintangor Lee Ngin Soon, Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor Kaunselor Chieng Ming Kiong, Ketua Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor Ley Chee Hua; Pemanca Yii Hee Sieng, Kapitan Wong Mee King, dan Kapitan Wong Leh Hee. 

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pindahkan dua keluarga, rumah dinaiki air
Next: Peruntukan RM135,000 bantu mangsa kebakaran di Rumah Paulus Yan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.