Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • TPM Fadillah akan kemuka cadangan jadikan Deepavali cuti umum di Sarawak 
  • TEMPATAN

TPM Fadillah akan kemuka cadangan jadikan Deepavali cuti umum di Sarawak 

Utusan Sarawak 6 months ago

Deepavali yang juga dikenali sebagai festival cahaya disambut pada 31 Okt - Gambar fail/Bernama

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan Sarawak supaya perayaan Deepavali diwarta sebagai cuti umum.

Fadillah berkata beliau memahami perkara itu antara isu yang sering dibangkitkan penganut Hindu di Bumi Kenyalang.

“Ramai yang menyuarakan agar Deepavali di Sarawak ini dapat menjadi sebahagian daripada cuti umum.

“Saya yakin perkara ini sudah diketahui kerajaan negeri Sarawak dan saya sendiri akan kemukakan lagi,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Deepavali Persatuan India Kuching (IAK) di sini malam ini.

Sebelum ini, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilaporkan berkata Sarawak akan meneliti permintaan komuniti India di negeri ini untuk mengisytiharkan cuti umum bagi perayaan Deepavali.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tentera Malaysia-Indonesia lancar operasi bersama di Ba’kelalan
Next: Industri kini berdepan kekurangan pekerja mahir teknikal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.