Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tongkang tiada dokumen stabiliti dicekup di Kuala Baram
  • JENAYAH

Tongkang tiada dokumen stabiliti dicekup di Kuala Baram

Utusan Sarawak 3 hours ago
DITAHAN…Sebuah vesel tunda yang mengendalikan
tongkang ditahan untuk tindakan lanjut.

MIRI:  Sebuah vesel tunda yang mengendalikan tongkang yang beroperasi tanpa dokumen stabiliti kapal dicekup Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Miri dalam operasi di perairan Kuala Baram di sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Mohd Khairol Anuar Saad berkata, tongkang itu ditahan kira-kira 11.35 pagi pada kedudukan kira-kira empat batu nautika barat laut Kuala Baram menerusi Op Permai dan Op Tiris 4.0. 

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel berkenaan gagal mengemukakan dokumen stabiliti kapal seperti diwajibkan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Vesel berkenaan merupakan tongkang berwarna hitam yang dikendalikan oleh lima kru terdiri daripada tiga warga tempatan dan dua warga Myanmar berumur antara 22 hingga 51 tahun.

“Dokumen stabiliti kapal bukan sekadar keperluan teknikal, sebaliknya elemen kritikal dalam memastikan keseimbangan serta keselamatan vesel di laut,

“Kegagalan mematuhinya boleh mengundang risiko kemalangan termasuk karam, sekali gus mengancam nyawa kru serta keselamatan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.

DITAHAN…Lima kru yang terdiri daripada tiga warga
tempatan dan dua warga Myanmar ditahan untuk tindakan
lanjut.

Mohd Khairol berkata, semua kru bersama vesel berkenaan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Pulau Melayu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Beliau turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang ingkar mematuhi undang-undang maritim.

“Penguatkuasaan akan terus dipergiat secara konsisten dan berfokus. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang culas atau melanggar peraturan,” katanya lagi.

Operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam memperkukuh keselamatan pelayaran serta memastikan pematuhan undang-undang maritim sentiasa dipatuhi oleh komuniti maritim.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah atau pelanggaran undang-undang di laut diseru menyalurkannya melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim terdekat bagi tindakan segera.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ketua pengarah, pegawai kanan JUPEM didakwa minggu depan – SPRM
Next: Dua lelaki ditahan disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.