Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Tom Cruise di Seoul: Mission: Impossible – The Final Reckoning, kemuncak 30 tahun
  • HIBURAN

Tom Cruise di Seoul: Mission: Impossible – The Final Reckoning, kemuncak 30 tahun

Utusan Sarawak 1 day ago
TOM Cruise bergambar semasa acara permaidani merah untuk filem Mission: Impossible – The Final Reckoning di Seoul pada 8 Mei 2025. Foto AFP

SEOUL: Bintang Hollywood Tom Cruise pada Khamis berkata filem terbaharunya, Mission: Impossible — The Final Reckoning, menandakan kemuncak francais selama 30 tahun, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kini berada di Seoul bagi jelajah promosi filem kelapan itu, pelakon merangkap penerbit filem tersebut menjelaskan bahawa karya terbaharu itu menghimpunkan segala yang telah dipelajarinya sepanjang kerjaya dalam dunia perfileman.

“Saya cuba bawa segala yang saya pelajari dari satu filem ke filem seterusnya,” kata Cruise pada sidang media, sambil menerangkan pendekatannya dalam pembikinan filem.

Seperti dalam filem terdahulu, Cruise sekali lagi melakukan aksi berbahaya dan mendebarkan, yang kali ini ditingkatkan lagi tahap kesukarannya bersama pengarah Christopher McQuarrie.

“Saya sentiasa berharap hasilnya lebih baik,” katanya. “McQuarrie dan saya ada satu kebiasaan – pada akhir setiap filem, saya akan berkata kepadanya, ‘Kita boleh buat lebih baik lagi.’”

Beliau menambah: “Sentiasa ada cabaran baharu, ada sesuatu yang kita pelajari dan boleh bawa ke tahap seterusnya…bukan sekadar aksi lagak ngeri, tetapi juga dari segi penceritaan, struktur cerita dan pembangunan watak…Kami sentiasa tetapkan matlamat baharu untuk diri kami.”

Apabila ditanya sama ada ini benar-benar filem terakhir dalam francais itu, Cruise memberi jawapan samar: “Penonton perlu menonton sendiri filem ini, kerana ia adalah kemuncak kepada 30 tahun francais ini. Jadi inilah ia. Saya tidak mahu dedahkan apa-apa yang boleh rosakkan pengalaman menonton.”

Sidang media di Seoul itu turut mengenang perjalanan 40 tahun kerjaya Cruise, termasuk tayangan montaj babak-babak ikonik daripada filem seperti Top Gun, Interview with the Vampire dan Jerry Maguire. Frasa dalam video, “Everything you were, everything you’ve done has come to this?” dilihat menyerlahkan simbolik filem terbaharu ini.

Melahirkan kecintaan mendalam terhadap dunia perfileman sejak muda dan rasa syukur atas kerjayanya yang berpanjangan, Cruise berkata: “Tidak ada hari yang saya tidak berasa istimewa…saya sangat bersyukur kerana berpeluang melakukan sesuatu yang bermakna bagi saya. Terima kasih kerana membenarkan saya menghiburkan anda. Ia satu penghormatan.”

Ini merupakan lawatan ke-12 beliau ke Korea Selatan sejak kali pertama pada 1994 bagi mempromosi filem Interview with the Vampire. Lawatan terakhirnya adalah pada 2023 untuk Mission: Impossible — Dead Reckoning Part One.

Pengarah McQuarrie, yang telah mengarahkan empat filem Mission: Impossible dan sering bekerjasama dengan Cruise, berkata beliau “amat berbangga dengan filem ini” kerana “perincian mendalam pada setiap watak dalam cerita.”

“Setiap watak mempunyai momen mereka, setiap watak melalui perjalanan emosi. Dan itulah yang kami sasarkan sejak permulaan perjalanan ini,” katanya.

Mission: Impossible — The Final Reckoning dijadualkan tayangan tempatan pada 17 Mei. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Konsert GenKRU hadiah malam tambahan buat peminat setia
Next: Andmesh bakal temui peminat di Sabah Ogos depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.