Tokan dadah kantoi dicekup bersama 5.3 gram dadah

Facebook
WhatsApp
Barang rampasan.
Barangan rampasan.

BINTULU: Taktik penagih dadah menyembunyikan 11 tiub plastik lut sinar mengandungi syabu di dalam kotak rokok gagal mengaburi pihak berkuasa apabila dicekup  oleh pihak polis di bawah jambatan Jalan Tatau-Sibu, Tatau di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki itu dipercayai tokan dadah berwarganegara tempatan.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Batholomew Umpit berkata, suspek berusia 29 dan 36 tahun itu ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

“Kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dengan berat kasar rampasan dadah 5.3 gram. 

“Hasil ujian saringan awal polis juga mendapati suspek positif dadah yang mana mereka turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau, berdasarkan siasatan awal, dadah yang dirampas dipercayai untuk pengedaran di sekitar kawasan Tatau dan boleh digunakan untuk 50 penagih.

“Tangkapan ini merupakan salah satu usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah di samping mencegah aktiviti jenayah di Daerah Tatau dan Bintulu.

“Jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini, boleh maklumkan kepada pihak PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304,” ujarnya.

Tiga ditahan di Bau selepas positif dadah

BAU: Polis menahan tiga individu selepas mereka didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan