Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • TKPM dibangunkan di Bintulu
  • SEMASA

TKPM dibangunkan di Bintulu

Utusan Sarawak 5 years ago
SESI TAKLIMAT… Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama wakil rakyat tempatan pada sesi taklimat Pusat Latihan Pertanian Sebiew di Bintulu semalam.

BINTULU: Kerajaan Negeri merancang untuk menjadikan Pusat Latihan Pertanian Sungai Sibiew di sini sebagai sebuah Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perancangan penubuhan taman itu sekali gus akan melonjak sektor berkenaan di daerah itu.

“Sebagai permulaan, tanah berkeluasan 12 hektar daripada 50 hektar tanah terbabit akan ditanam dengan pelbagai tanaman sayur-sayuran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri taklimat berhubung kemudahan pertanian bersama wakil rakyat di bawah Parlimen Bintulu di Pusat Latihan Pertanian, Sungai Sebiew di sini, semalam.

Menurutnya, idea untuk menubuhkan TKPM di kawasan terbabit adalah hasil daripada inisiatif Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah yang mahu memajukan Pusat Latihan Pertanian Sebiew sebagai sebuah pusat pertanian moden.

“Di sini akan mempraktikkan penanaman sayur-sayuran dengan menggunakan teknologi fertigasi dan hidroponik,” katanya.

Tambah beliau, TKPM ini akan dibangunkan dengan pendekatan yang lebih baik serta teratur dan dijangka menjadi taman pertanian moden seperti TKPM Rampangi di Kuching dan Sungai Baji di Sarikei.

Turut hadir pada taklimat itu ialah Menteri Utiliti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena, Dato’ Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera merangkap ADUN Kakus, Datuk John Sikie Tayai, ADUN Samalaju, Majang Renggi, ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon dan Pemangku pegawai pertanian Bahagian Bintulu, Anggang Jimbun.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: ‘Malaysia Prihatin’ diperkenalkan di Sarawak
Next: Banci nasional berkaitan pembangunan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.