Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong Sii dipilih semula Pengerusi SUPP Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong Sii dipilih semula Pengerusi SUPP Sarikei

Utusan Sarawak 6 months ago

UNTUK ALBUM.... Ahli jawatankuasa SUPP Cawangan Sarikei bergambar bersama selepas Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali dan sesi pemilihan. 

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii dipilih semula sebagai Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sarikei bagi penggal 2025-2027.

Keputusan sebulat suara semua ahli SUPP Cawangan Sarikei tersebut dibuat pada mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali (TGM) dan sesi pemilihan ahli jawatankuasa SUPP Cawangan Sarikei. 

Dalam pada itu, pada sesi pemilihan tersebut, jawatan Ketua Pemuda SUPP Cawangan Sarikei disandang oleh Andrew Wong Pak Ung, manakala jawatan Ketua Wanita SUPP Cawangan Sarikei disandang oleh Kaunselor Wong Zee Yeng. 

Dalam kenyataannya, Tiong Sii mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa SUPP Cawangan Sarikei atas sokongan padu yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi SUPP Cawangan Sarikei. 

“Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa SUPP Cawangan Sarikei kerana sentiasa memberi kerjasama dan sokongan padu kepada saya. 

“Kerjasama yang begitu baik ini membolehkan kita melaksanakan pelbagai program bermanfaat untuk rakyat,” katanya. 

Beliau turut berterima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di Parlimen Sarikei dan DUN Repok. 

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Tumpahan minyak di simpang KJD, bomba tabur habuk kayu
Next: RM150,000 untuk bina dewan SK St. Stephen Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.