Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong: Projek bina tembok penahan perlu siap penghujung April ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong: Projek bina tembok penahan perlu siap penghujung April ini

Utusan Sarawak 1 month ago
PEGAWAI Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Steven Kong Kai Seng bersama Pengurus Besar BDA, Datu Muhamad Yakup Kari, dan wakil pemaju projek perumahan turun padang meninjau projek pembinaan tembok penahan yang sedang dilaksanakan di Taman Belle Hill.

BINTULU: Projek pembinaan tembok penahan di Taman Belle Hill perlu disiapkan sepenuhnya menjelang hujung April ini tanpa sebarang kelewatan, kata Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Sri Tiong King Sing.

Tegasnya, kejadian tanah runtuh terbaharu yang berlaku di kawasan tersebut menambah kepada siri insiden yang semakin membimbangkan penduduk tempatan.

“Isu tanah runtuh di kawasan ini telah berlarutan lebih setahun.

“Satu lagi kejadian terbaru berlaku di bahagian yang belum dilengkapi tembok penahan.

“Ini jelas menunjukkan keperluan mendesak untuk segera menyiapkan projek ini,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dalam satu kenyataan.

Bagi menangani kebimbangan penduduk, beliau telah mengarahkan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Steven Kong Kai Seng, bersama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datu Muhamad Yakup Kari, dan wakil pemaju projek perumahan bersebelahan untuk turun padang meninjau keadaan dan berinteraksi dengan penduduk.

Hasil lawatan itu mendapati kira-kira 40 meter daripada tembok penahan yang sedang dibina masih belum siap.

Bagaimanapun, bahagian yang telah siap terbukti berkesan, dengan tiada kejadian tanah runtuh atau hakisan tanah di kawasan tersebut.

Tegasnya lagi, kerja-kerja pembinaan yang belum selesai perlu dipercepatkan tanpa kompromi bagi mengelakkan risiko lebih besar kepada keselamatan penduduk.

“Penduduk tidak boleh terus hidup dalam ketakutan terutamanya ketika musim hujan.

“Projek ini mesti disiapkan dengan segera untuk memastikan keselamatan mereka terjamin,” ujarnya.

Selepas tembok penahan selesai, kerja-kerja pembaikan tanah akan dilaksanakan secara berfasa dan dijangka siap sepenuhnya penghujung Mei. 

Satu tempoh pemantauan selama 12 bulan akan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kualiti kerja termasuk penanaman semula tumbuhan hijau untuk menstabilkan tanah.

Tiong juga memaklumkan bahawa pemaju projek perumahan baharu di kawasan bersebelahan telah berjanji untuk membantu membaiki rumah penduduk yang rosak selepas projek siap.

“Kami akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti. 

“Matlamat utama kami adalah untuk mengembalikan persekitaran yang selamat dan stabil bagi penduduk Taman Belle Hill secepat mungkin,” katanya.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penyambungan meter elektrik secara berfasa sekira projek ALAF belum dapat dilaksana  
Next: Tingkat kesedaran masyarakat penting jaga kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.