Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiong hargai sumbangan RM100,000 CECCM
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiong hargai sumbangan RM100,000 CECCM

Utusan Sarawak 4 months ago

BINTULU: Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing  menzahirkan penghargaan kepada Dewan Perniagaan Perusahaan China di Malaysia (CECCM) atas sumbangan RM100,000 bagi membantu kerja-kerja pemulihan pasca banjir di Bintulu.

Menurutnya, sumbangan itu akan digunakan untuk membaik pulih infrastruktur, sekolah serta membantu keluarga yang terjejas agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya amat menghargai keprihatinan dan kemurahan hati CECCM dalam menyokong usaha pemulihan ini. 

“Bantuan ini bukan sekadar sumbangan kewangan tetapi juga lambang solidariti dan sokongan moral kepada rakyat Bintulu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu turut menyeru lebih banyak syarikat dan organisasi untuk tampil membantu bagi memastikan usaha pemulihan dapat dijalankan dengan lebih cepat dan berkesan.

“Saya percaya dengan semangat perpaduan dan sokongan berterusan daripada semua pihak, Bintulu akan bangkit lebih kuat. 

“Kita masih memerlukan lebih banyak bantuan bagi memastikan pemulihan berjalan lancar,” ujarnya.

Banjir yang berlaku pada hari pertama Tahun Baharu Cina telah menyebabkan kerosakan teruk terhadap rumah penduduk serta kemudahan awam di beberapa kawasan. 

Bantuan daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi mempercepat proses pemulihan dan membantu mangsa kembali ke kehidupan normal secepat mungkin.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kempen derma darah di Star Mega Mall Ahad ini
Next: Petronas bantu prasekolah, PPKI SK Asyakirin terkesan banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.