MARUDI: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang di Jalan Nanas Marudi-Miri, petang semalam.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi, Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan pada 5.27 petang sebelum menggerakkan empat anggota ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 10.5 kilometer dari PKOD.
Katanya, pasukan berkenaan diketuai Beatrice Kalang dan turut menjalankan operasi bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi selepas menerima maklumat daripada pengadu.
“Setibanya di lokasi, anggota APM bersama anggota BBP Marudi menjalankan operasi bagi menangani kejadian pokok tumbang berkenaan,” katanya.
Operasi selesai dan anggota APM kemudiannya bergerak pulang ke PKOD Marudi pada 6.05 petang.
Oleh Jiku Juguong





