Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM260,000 naik taraf keselesaan pesakit, kakitangan Hospital Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

RM260,000 naik taraf keselesaan pesakit, kakitangan Hospital Sibu

Utusan Sarawak 2 months ago

LAWATAN…Sekitar lawatan Dato Sri Tiong King Sing di Hospital Sibu.

SIBU: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing telah menyumbang sebanyak RM260,000 bagi pemasangan 38 unit penyaman udara, kerja menaik taraf tandas,dan pembelian peti sejuk di Hospital Sibu dalam usaha meningkatkan keselesaan pesakit serta kakitangan perubatan.

Tiong, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata, dana tersebut disalurkan selepas menerima maklum balas mengenai kerosakan sistem penyaman udara pusat di hospital yang menyebabkan keadaan wad menjadi panas dan kurang selesa.

“Sebanyak 36 unit penyaman udara telah dipasang di lima wad hospital, namun selepas menilai keadaan secara peribadi, saya memutuskan untuk menambah dua lagi unit bagi meningkatkan peredaran udara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata projek pemasangan itu turut merangkumi bekalan kuasa berdikari bagi memastikan sistem penyaman udara dapat berfungsi secara stabil dan mengelakkan gangguan operasi akibat beban elektrik berlebihan.

Selain itu, kerja menaik taraf tandas hospital turut dilaksanakan, termasuk menukar tiga tandas cangkung kepada tandas duduk serta menambah kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memudahkan pesakit warga emas dan mereka yang mengalami masalah mobiliti.

Bagi memastikan keperluan harian pesakit dan kakitangan hospital terus terjaga, beberapa unit peti sejuk juga dibekalkan sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut.

Tiong turut menggesa pihak berkuasa berkaitan agar terus memberi perhatian terhadap penyelenggaraan dan peningkatan kemudahan perubatan di Sibu, demi memastikan masyarakat setempat menerima perkhidmatan perubatan yang terbaik.

Sementara itu, Pengarah Hospital Sibu, Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu, menyambut baik sumbangan itu dan menyatakan bahawa pemasangan penyaman udara di lima wad akan memberikan manfaat besar kepada pesakit serta kakitangan perubatan, terutamanya menjelang musim Gawai yang dijangka membawa gelombang haba.

“Tahun lalu, cuaca panas melampau menjejaskan keselesaan pesakit dan operasi hospital. Dengan sokongan ini, hospital kini lebih bersedia menghadapi sebarang perubahan cuaca yang ekstrem,” katanya.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Bintulu-Jepak kini rasmi dibuka kepada orang awam
Next: 3,000 penduduk banjiri pekan Roban meriahkan perarakan Jontoi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.