Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tingkat kesedaran keselamatan jalan raya sempena Ramadan
  • WILAYAH

Tingkat kesedaran keselamatan jalan raya sempena Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago
RASMI… Datuk Francis Harden Hollis bersama yang lain merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ramadan di sebuah stesen minyak di Sri Aman, semalam. Foto ADUN Simanggang  

SIMANGGANG: Sempena Ramadan ini, Yayasan Pengguna Malaysia mengambil kesempatan menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ramadan di sebuah stesen minyak, semalam.

Program tersebut, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis diadakan adalah untuk memberi kesedaran tentang keselamatan jalan raya pada Ramadan dan musim perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

EDAR BAUCAR… Datuk Francis Harden Hollis serta yang lain menyerahkan baucar kepada salah seorang penerima semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Ramadan di sebuah stesen minyak, semalam. Foto ADUN Simanggang

Pengisian kempen tersebut adalah pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan penyerahan baucar pembelian minyak petrol bernilai RM5 kepada 100 penunggang motosikal.

Pada majlis itu, Harden turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan keahlian YPNM Cawangan Sri Aman, yang didahului Pengerusinya, Kr Jacylin Goh Boon Fay.

Turut dilantik Timbalan Pengerusi Su Teng Eik, Naib Pengerusi 1 Kapitan Tay Yaw Ming, Naib Pengerusi 2 Ting Tiew Chik, Naib Pengerusi 3 Ngu Ke Sing, Naib Pengerusi 4 Tan Sheau Siang dan Setiausaha Jenny Ng Ser Su.

Turut hadir, Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN) Cawangan Sri Aman Qartinee Mohamad Esa, Pengarah Pengurusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak Christopher Alex dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KBSPTD) Daerah Sri Aman, Inspektor Hafiz Suhaili.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kompleks Sukan Sebauh dijangka siap Julai 2026
Next: Hujan tidak halang pengunjung ‘banjiri’ Bazar Ramadan Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.