
BINTANGOR: Kehadiran seekor ular di kawasan sebuah sekolah rendah berjaya ditangani dengan pantas oleh pihak bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.23 pagi semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK I) Bakar Ujang bersama dua orang anggota bomba bergegas ke lokasi.
“Setibanya di lokasi didapati terdapat seekor ular pada struktur rangka besi bumbung koridor sekolah,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.
“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang tiga minit.
“Khidmat khas menangkap ular selesai sepenuhnya pada 11.44 pagi.
“Selepas ditangkap, ular tersebut dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari kawasan sekolah,” katanya.
Oleh Earl Anek