Tindakan pantas pemilik rumah kedai berjaya elak kebakaran lebih serius

Facebook
WhatsApp
RUMAH kedai di Jalan Lanang terbakar 10 peratus.

SIBU: Tindakan pantas pemilik sebuah rumah kedai di Jalan Lanang di sini berjaya mengelakkan kejadian kebakaran daripada menjadi lebih serius dalam insiden yang berlaku petang semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 6.56 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikejarkan ke lokasi.

KEADAAN dalam kedai yang terbakar 10 peratus.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran berlaku di dalam sebuah bilik sewa di rumah kedai berkenaan. Namun, api telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pemilik rumah sebelum ketibaan pihak bomba dengan menggunakan media pemadaman api,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kebakaran melibatkan keluasan kira-kira 10 x 10 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 10 peratus.

Pasukan bomba turut melakukan pemantauan serta membuka tingkap bagi tujuan pengudaraan selepas mendapati asap tebal masih berkumpul di dalam bilik tersebut.

“Pemilik rumah dinasihatkan supaya membersihkan bilik berkenaan dan tidak menjadikannya sebagai ruang penyimpanan barangan tidak terpakai bagi mengelakkan risiko kebakaran pada masa akan datang,” katanya.

Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu. Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Oleh Tarani Lanting

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis