Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Tindakan pantas kakitangan hospital selamatkan wad kanak-kanak daripada musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Tindakan pantas kakitangan hospital selamatkan wad kanak-kanak daripada musnah terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago

Kakitangan Hospital Saratok yang menjadi wira memadamkan kebakaran di bilik tandas wad kanak-kanak.

SARATOK: Ketangkasan seorang kakitangan Hospital Saratok memadamkan kebakaran pada kipas pembersih udara berjaya mengelakkan wad kanak-kanak daripada musnah terbakar dalam kejadian yang berlaku, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan sekitar jam 7.22 pagi berhubung kejadian terbabit.

Dalam pada itu, seramai tujuh anggota BBP Saratok diketuai Pegawai Bomba Kanan ll, Freddy John telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan tersebut.

“Sampai di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan seunit kipas pembersih udara yang berada di dalam tandas wad kanak-kanak Hospital Saratok.

“Kebakaran kipas pembersih udara tersebut telah berjaya dipadamkan oleh kakitangan hospital tersebut menggunakan seunit alat pemadam api jenis debu kering,” katanya.

PGO berkata Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiada membuat kerja-kerja pemadaman dan hanya bertindak membuat pemantauan dan pemeriksaan keseluruhan ke atas kebakaran tersebut untuk memastikan kebakaran telah padam sepenuhnya. 

“Setelah mendapati keadaan terkawal, PKO memasang sawar-sawar di lokasi kejadian dan operasi ditamatkan sekitar jam 8.02 pagi,” katanya.

Wad kanak-kanak tersebut telah dihuni seramai dua kanak-kanak, dua ibu bapa penjaga dan tiga jururawat semasa kejadian berlaku.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Rumah panjang 21 pintu terbakar
Next: Wanita maut kenderaan terjunam ke dalam parit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.