Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tindakan lindungi beruang matahari dipuji
  • TEMPATAN

Tindakan lindungi beruang matahari dipuji

Utusan Sarawak 5 years ago
DISELAMATKAN… Pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) menerima beruang matahari yang diserahkan oleh seorang lelaki dari Long Bedian, Baram.

MIRI: Beberapa  individu sanggup  menawarkan  sejumlah  wang  untuk  membeli  seekor  beruang  matahari  yang  diselamatkan  oleh  seorang  lelaki  dari  Long Bedian, Baram di  sini.

Bagaimanapun, lelaki itu nekad menolak tawaran itu kerana risau akan keselamatan beruang matahari tersebut.

Dia kemudiannya mengambil keputusan menyerahkan haiwan spesies terlindung itu kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada Rabu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Zolkipli Mohamad Aton yang juga Kontroler Hidupan Liar dalam catatan Facebook SFC memuji tindakan baik lelaki tersebut terhadap hidupan liar.

Beruang matahari berkenaan akan dihantar ke Pusat Hidupan Liar Matang.

Dalam pada itu, beruang matahari adalah spesies yang dilindungi di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1988 di mana membunuh, menyimpan, menjual atau membeli adalah dilarang.

Jika didapati bersalah tertuduh boleh dipenjara selama satu tahun dan denda RM10,000.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Sarawak kaya dengan sejarah tersendiri
Next: Golongan muda dinasihat ceburi keusahawanan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.