Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tindakan AS di Selat Taiwan dikutuk
  • GLOBAL

Tindakan AS di Selat Taiwan dikutuk

Utusan Sarawak 3 years ago

JADI PERTIKAIAN… Kehadiran kapal perang AS di Selat Taiwan telah mengundang kemarahan tentera China sekali gus berupaya menimbulkan ketegangan antara Beijing dan Washington. • Foto AFP

BEIJING: Pihak tentera China mengutuk Amerika Syarikat (AS) selepas kapal perang negara itu berlayar menerusi Selat Taiwan.

China berkata, misi itu sengaja dilakukan bagi membahayakan keamanan serta kestabilan.

Tentera laut AS berkata, kapal pemusnah peluru berpandu USS Sampson yang melakukan rutin di selat Taiwan semalam, mengikut undang-undang antarabangsa.

AS yang melakukan pelayaran itu sebulan sekali, mengundang kemarahan China yang menganggap ia sebagai tanda sokongan kepada Taiwan.

Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat, berkata pasukannya memantau dan memberi amaran kepada kapal berkenaan.

“Kekerapan AS melakukan tindakan provokasi itu dilihat memberi isyarat yang salah kepada pasukan “pembebasan Taiwan” dan sengaja menjejaskan keamanan dan kestabilan selat Taiwan.

“Kami membantah tindakan itu sekeras-kerasnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Pertahanan Taiwan berkata, kapal AS yang berlayar ke utara melalui terusan itu adalah perkara normal.

Jurucakap Armada ketujuh AS, Nicholas Lingo dalam kenyataannya, berkata tentera AS terbang, belayar dan beroperasi di mana saja yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa.

“Kapal kami melakukan transit melalui selat Taiwan bagi menunjukkan komitmen AS kepada Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka,” katanya.

AS seperti kebanyakan negara, tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Taiwan, namun adalah penyokong antarabangsa paling penting dan pembekal senjata, menjadikan ia sumber ketegangan antara Beijing dan Washington. -AFP

Continue Reading

Previous: Suu Kyi disabit kesalahan rasuah
Next: Tamatkan konflik Al-Aqsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.