Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tiket penerbangan ke Sarawak, Sabah kekal lebih rendah – Loke
  • SEMASA

Tiket penerbangan ke Sarawak, Sabah kekal lebih rendah – Loke

Utusan Sarawak 2 months ago
JELASKAN… Anthony Loke bercakap pada sidang media program penyampaian goodies raya dan menyantuni penumpang yang akan pulang ke kampung halaman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1, hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Tambang tiket penerbangan pada musim perayaan tahun ini kekal lebih rendah dan terkawal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata ia hasil inisiatif kerajaan yang menetapkan harga siling serta komitmen syarikat penerbangan yang menambah kapasiti penerbangan semasa musim perayaan.

“Ini merupakan satu cabaran besar setiap kali musim perayaan tetapi saya bangga kerana tahun ini kita tidak dengar tidak dapat beli tiket penerbangan balik Sabah, Sarawak ataupun tiket penerbangan yang terlalu mahal kerana memang kita ada dasar harga maksimum semasa musim perayaan.

“Tambahan pula ada penerbangan tambang tetap yang lebih rendah daripada harga maksimum kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Loke berkata semalam beliau berpeluang menyantuni penumpang Sabah dan Sarawak yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas usaha syarikat penerbangan yang menyediakan kapasiti tambahan kerana ia bukan suatu yang mudah dan memerlukan penyelarasan rapi pelbagai pihak seperti pengawal selia, syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

“Tidak dilupakan, barisan petugas seperti pengawal trafik udara, kru kabin, juruterbang dan pengendali darat yang membuat pengorbanan masa dan tenaga demi memastikan perjalanan rakyat Malaysia berjalan lancar,” katanya. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rumah Terbuka Aidilfitri Fadillah Yusof di Pusat Konvensyen CIDB
Next: Waspada gegaran gempa bumi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.