Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga terselamat kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Tiga terselamat kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 2 years ago
Mangsa diletakkan di atas pengusung sebelum mendapat rawatan lanjut daripada KKM.

KAPIT: Tiga terselamat selepas kenderaan yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Mumu, Kapit-Song di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar 7.44 pagi lalu mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit dan Song ke lokasi kejadian.

Katanya, kemalangan kendiri melibatkan sebuah kereta perodua Axia telah hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

“Mangsa berumur 25 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kaki manakala, mangsa berumur 30 tahun mengadu sakit di bahagian dada dan seorang lagi mangsa berumur 30 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketiga-tiga mangsa tidak terperangkap dan telah dikeluarkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jentera EMRS.

Continue Reading

Previous: Lelaki maut kereta dipandu bertembung Land Cruiser
Next: Mayat lelaki lemas ketika menjala ditemui  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.