Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga rumah terjejas, 13 individu tumpang teduh di PPS
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga rumah terjejas, 13 individu tumpang teduh di PPS

Utusan Sarawak 3 months ago

TATAU: Tiga kediaman di kilometer (KM) 6 Jalan Sangan terjejas akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku lewat malam tadi, menyebabkan empat keluarga terpaksa dipindahkan.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 11.57 malam.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah rumah mengalami kerosakan di bahagian ruang tamu dan bilik utama setelah dihempap tanah runtuh.

“Bagaimanapun, kesemua penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan,” katanya.

Setelah membuat pemantauan, penduduk dinasihatkan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau memandangkan keadaan masih berbahaya.

Tiga keluarga melibatkan 13 individu berpindah ke PPS menggunakan kenderaan persendirian, manakala sebuah keluarga seramai dua orang berpindah ke rumah saudara terdekat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: 11 penghuni dua rumah panjang berjaya dipindahkan ke PPS Kompleks Sukan Kanowit
Next: Perkukuh perpaduan, pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.