Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga rumah panjang terima MRP RM9,000
  • TEMPATAN

Tiga rumah panjang terima MRP RM9,000

Utusan Sarawak 5 years ago
MANFAATKAN… Datuk Francis Harden Hollis menyerahkan cek peruntukan MRP kepada Tr. Pilit dari Kaong Ulu, Ulu Undop, Sri Aman ketika program turun padang bagi menyerahkan peruntukan tersebut di sini.

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis telah turun padang ke tiga buah rumah panjang di kawasan Ulu Paku, Undop di sini untuk menyerahkan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Tiga buah rumah panjang tersebut adalah Rumah Gunung, Samak, Rumah Sigan, Radau dan Rumah Pilit, Kaong Ulu dengan jumlah keseluruhan nilai cek MRP yang disampaikan oleh beliau adalah RM9,000.

“Setiap rumah panjang ini menerima cek peruntukan MRP bernilai RM3,000. Tujuan utama peruntukan ini diberi adalah untuk membolehkan mereka melaksana pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada penduduk dan rumah panjang.

“Mohon manfaatkan peruntukan ini dengan baik. Sila bawa kesemua ahli atau penduduk rumah panjang berbincang untuk menentukan hala tuju penggunaan peruntukan MRP ini nanti,” kata beliau.

Selain itu beliau pada program turun padang berkenaan juga turut menyeru semua rakyat di ketiga-tiga rumah panjang berkenaan untuk kekal menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi tujuan kesejahteraan pembangunan kawasan mereka.

Kesejahteraan tersebut kata beliau sudah jelas terlihat di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang dengan pelbagai projek pembangunan sudah dilaksana oleh GPS semenjak dari dahulu hingga sekarang.

“Rakyat termasuk di Ulu Undop sedia maklum bahawa banyak projek pembangunan sudah dan sedang dilaksana oleh GPS untuk mereka seperti projek bekalan elektrik 24 jam, bekalan air paip bersih, jalan kampung, jambatan dan banyak lagi.

“Itu baru sahaja projek di kawasan luar bandar. Jika di Bandar Simanggang kita sudah pun melaksana projek naik taraf Loji Perawatan Air Bayai, pelebaran jalan dan Hospital Sri Aman yang baharu,”kata beliau.

Justeru Harden berharap agar rakyat terus kekal menyokong Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg demi memastikan projek pembangunan negeri ini terus kekal dilaksana dari masa ke semasa.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: Laluan tikus dipantau
Next: Rugi RM32,000 akibat pelaburan tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.