Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga rumah panjang di Kakus terima bantuan makanan
  • TEMPATAN

Tiga rumah panjang di Kakus terima bantuan makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
KEPERLUAN…Pegawai Pusat Khidmat DUN Kakus menghulur bantuan bekalan makanan.

TATAU: Penduduk yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan  (PKPD) melibatkan beberapa buah rumah panjang di daerah ini turut mendapat perhatian daripada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.

Pegawai dari Pusat Khidmat berkenaan, Eugene John Sikie berkata, sumbangan barang makanan itu untuk meringankan beban penduduk di rumah panjang berkenaan berikutan pelaksanaan Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) di kawasan tersebut.

“Dalam tempoh tersebut penduduk tidak dapat membeli barang makanan di pekan dan juga mereka tidak dapat pergi ke kebun,” katanya ketika dihubungi berhubung pengagihan bantuan makanan tersebut di sini, semalam.

Menurutnya, bantuan tersebut adalah untuk penduduk Rumah Jeli anak Gaun, Muput, Rumah Barat, Anap dan Rumah Salleh, Nanga Tau, Tatau.

“Penyampaian bantuan makanan kering kepada penduduk Rumah  Jeli iaitu 16 pintu, Rumah Barat 8 pintu dan Rumah Salleh 23 pintu,” ujarnya.

Beliau melahirkan harapan agar bantuan tersebut dapat meringankan beban mereka yang terjejas.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Budaya popular dalam Aidilfitri, Pilihan Raya
Next: Hanifah, Yakub hulur sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.