Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga maut dalam insiden tembakan di Sweden – Polis
  • GLOBAL

Tiga maut dalam insiden tembakan di Sweden – Polis

Utusan Sarawak 3 weeks ago
POLIS mengesahkan tiga maut dalam kejadian tembakan di Uppsala, Sweden pada Selasa, manakala suspek masih bebas. Foto Agensi

LONDON: Polis mengesahkan tiga maut dalam kejadian tembakan di Uppsala, Sweden pada Selasa, manakala suspek masih bebas, menurut laporan media.

Menurut laporan Anadolu Ajansi yang memetik penyiar awam SVT, kejadian berlaku di sebuah salun rambut berhampiran Dataran Vaksala, dan pihak berkuasa kini melancarkan operasi besar-besaran bagi memburu suspek.

SVT melaporkan bahawa suspek melarikan diri dengan menaiki skuter elektrik.

Menteri Perundangan Sweden Gunnar Strommer menyifatkan insiden itu sebagai “amat serius” dan memaklumkan bahawa kementeriannya kini berhubung rapat dengan pihak polis serta memantau perkembangan situasi dari semasa ke semasa.

Jurucakap polis, Magnus Klarin berkata pihaknya menerima beberapa laporan mengenai bunyi letupan kuat di kawasan berkenaan.

Saksi memberitahu SVT bahawa lima das tembakan kedengaran, dan orang ramai dilihat melarikan diri ke pelbagai arah.

Pihak berkuasa pengangkutan turut menggantung sementara perkhidmatan kereta api ke dan dari Uppsala susulan kejadian itu.

Pada Februari lalu, 11 orang terbunuh dalam kejadian tembakan di Orebro — sebuah bandar kira-kira 200 kilometer di barat Stockholm — menyasarkan sebuah pusat pendidikan dewasa. — Bernama-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.2 magnitud landa barat daya New Zealand
Next: Trump rancang pengecualian cukai alat ganti kereta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.