Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki lari pemeriksaan polis diberkas
  • JENAYAH

Tiga lelaki lari pemeriksaan polis diberkas

Utusan Sarawak 3 months ago
Supt Merbin Lisa (foto fail)
Foto IPD Kuching

KUCHING: Polis berjaya memberkas tiga lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan di Jalan Green di sini awal pagi tadi. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata kesemuanya berusia 39 hingga 43 tahun dan menaiki kereta jenis Mitsubishi Triton serta Perodua Bezza dikesan kira-kira 3.20 pagi oleh anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.

“Anggota polis mengarahkan kedua-dua pemandu memberhentikan kenderaan, namun mereka enggan menyebabkan anggota polis mengejar Mitsubishi Triton itu hingga ke kawasan taman perumahan berhampiran.

“Apabila tiba di jalan itu (Jalan Green), pemandu kereta itu bertindak agresif dengan membuat pusingan U dan cuba merempuh tiga anggota polis yang berada di atas jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagi mempertahankan diri, anggota polis telah melepaskan sedas tembakan ke arah Mitsubishi Triton itu menyebabkan kenderaan terbabit terbabas, sekali gus berjaya menahan mereka.

Merbin berkata saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah dengan dua daripadanya memiliki rekod berkaitan narkotik.

“Lelaki berusia 41 tahun mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital. Polis turut merampas  Mitsubishi Triton itu serta beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah,” katanya.

Beliau berkata kesemuanya kini direman hingga 3 April untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Polis katanya sedang mengesan pemandu Perodua Bezza merah yang berjaya melarikan diri, justeru orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menerusi talian 082-244444 atau Pegawai Penyiasat Kanan ASP Chris Olsen Ramlee 013-8607572.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pemandu bas ekspres ditahan, positif dadah
Next: Lelaki warga China direman bantu siasatan kes kemalangan mendiang Marutin Pagan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.