Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga lelaki ditahan miliki senapang patah
  • TEMPATAN

Tiga lelaki ditahan miliki senapang patah

Utusan Sarawak 5 years ago
DIRAMPAS… Dua laras senapang patah dipercayai buatan sendiri (bekakok) dan selaras lagi senapang patah mempunyai lesen yang sah tetapi milik orang lain dirampas.

MUKAH: Polis Mukah menahan tiga lelaki kerana dipercayai memiliki senapang patah buatan sendiri (bekakok) dan tidak memiliki lesen pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, sekitar 8.10 malam pihak polis menerima maklumat awam memberitahu tiga lelaki menjalankan aktiviti pemburuan di kawasan kampung menggunakan senapang patah dipercayai buatan sendiri.

“Mereka menjalankan aktiviti memburu di jalan masuk ladang sawit Sungai Nafe Mukah.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis bersama pengadu membuat tangkapan ke atas tiga suspek terbabit,” jelasnya ketika dihubungi oleh pemberita hari ini.

Katanya, turut dirampas ialah selaras senapang patah yang dipercayai buatan sendiri (bakakok) dan selaras lagi senapang patah yang mempunyai lesen sah tetapi milik orang lain.

“Ketiga-suspek yang berusia 31 hingga 53 tahun ditahan reman selama empat hari sehingga 15 Mei ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. Memiliki Senjatapi buatan sendiri dan tiada lesen,” tegasnya.

Continue Reading

Previous: Ribut kuat, tiga rumah terjejas
Next: Kenyataan Soon Koh dikesali

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.