Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga lelaki ditahan miliki dadah
  • TEMPATAN

Tiga lelaki ditahan miliki dadah

Utusan Sarawak 5 years ago
TIGA suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Sri Cahaya, Batu Kawa.

KUCHING: Polis dari Padawan memberkas tiga orang suspek kerana kegiatan penyalahgunaan dadah pada petang Ahad di sebuah rumah di Taman Sri Cahaya, Batu Kawa Tondong akan dihukum mati sekiranya disabit kesalahan.

Ketua Polis Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata, polis bertindak berikutan maklumat yang diterima.

Sepasukan polis dihantar ke rumah berkenaan pada 5.30 petang dan memberkas ketiga-tiga suspek di dalam sebuah bilik.

Semua suspek, berusia di antara 18 hingga 23 dari Padawan dikesan positif dadah dan didapati memiliki satu kotak besi berwarna biru dengan sticker bertulis HIAP SIN ENTERPRISE S/B MJC MOTORS.

Polis yang menjalankan pemeriksaan teliti ke atas kotak tersebut telah menjumpai empat paket plastik lutsinar sederhana besar dan 11 paket plastik berwarna biru berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah berbahaya jenis Syabu seberat 55.50 gram di dalam kotak besi tersebut.

Ketiga-tiga suspek ditangkap dan akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah melebihi 50 gram.

Suspek mendakwa mereka mendapat dadah tersebut selepas membuat pembayaran menerusi bank.

Semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa kerana memiliki dan menyalahgunakan dadah.

Continue Reading

Previous: Dua wanita rugi RM522,600
Next: Tiga tercampak keluar, seorang tersepit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.