Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan melombong bijih besi secara haram
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan melombong bijih besi secara haram

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUANTAN: Tiga lelaki termasuk dua warga Bangladesh ditahan kerana disyaki melombong bijih besi secara haram di Sungai Ganoh, Hutan Simpan Bukit Ibam Muadzam Shah, Rompin, Selasa lepas.

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam hantaran di Facebook memaklumkan mereka ditahan oleh petugas Batalion 7 PGA dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dalam Op Bersepadu Khazanah pada 3.00 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong dilakukan dua lelaki warga Bangladesh, dan pemilik lombong yang merupakan lelaki tempatan gagal menunjukkan lesen pelombongan bijih besi yang sah. Warga Bangladesh itu juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” menurut hantaran itu.

Beliau berkata suspek yang ditahan berumur 40 hingga 50 tahun, dan kes disiasat mengikut Seksyen 159 dan 137(a) Akta Enakmen Mineral Negeri 2001 dan Seksyen 55B serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Peralatan serta jentera digunakan untuk melombong yang dianggarkan bernilai RM1.25 juta turut dirampas.– Bernama

Continue Reading

Previous: Bot tunda ditahan gagal kemuka dokumen pertukaran nakhoda
Next: Tular aksi berbahaya, penunggang motosikal dicekup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.