Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiga kawasan rendah dipantau
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiga kawasan rendah dipantau

Utusan Sarawak 3 months ago

PEMANTAUAN.....Anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan paras air di kawasan rendah berisiko banjir. Foto BBP Sarikei 

SARIKEI: Tiga kawasan rendah berisiko banjir di sini dipantau oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, malam tadi. 

Menurut Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, tiga kawasan tersebut adalah Jalan Kubu Lama, Jalan Wharf dan Jalan Nyelong. 

“Dua orang anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan pada 9.47 malam. 

“Semasa rondaan pemantauan, didapati air sedang surut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, keadaan lalu lintas di ketiga-tiga kawasan rendah berisiko banjir itu juga dalam keadaan terkawal. 

“Selain itu, hujan renyai berlaku semasa pihak kami menjalankan pemantauan. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Banjir: PPS SMK Suai akan terus beroperasi
Next: Banjir: 248 mangsa masih berada di PPS Dewan SMK Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.