Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga individu cedera kereta terbakar dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Tiga individu cedera kereta terbakar dalam kemalangan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SEBUAH kereta jenis Toyota Vios hangus terbakar dan terbalik selepas terlibat dalam kemalangan di Samarahan Expressway, malam tadi.

KOTA SAMARAHAN: Sebuah kereta jenis Toyota Vios terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan dua  kenderaan di Samarahan Expressway malam tadi, mengakibatkan tiga orang mengalami kecederaan ringan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerusi kenyataan pagi tadi memaklumkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada 11.10 malam tadi. 

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan telah digerakkan ke lokasi sejauh 13 kilometer dan tiba pada 11.24 malam.

Menurut Komander Operasi, PBK I Gilbert Majem, kemalangan tersebut melibatkan sebuah Proton Saga dan Toyota Vios. 

Akibat perlanggaran itu, Toyota Vios terbakar, namun kesemua mangsa berjaya keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Mangsa dari kenderaan yang terbakar telah diselamatkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital oleh pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM), manakala dua lagi mangsa dibawa oleh pasukan EMRS untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Pasukan bomba melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dan berjaya mengawal api sepenuhnya. 

Oleh Amanda L.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Rajang
Next: Two killed, five injured in late night crash along Tun Jugah road

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.