Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Tiga individu berdepan detik cemas, van dinaiki terbakar
  • KEMALANGAN

Tiga individu berdepan detik cemas, van dinaiki terbakar

Utusan Sarawak 8 months ago

MIRI: Seorang pemandu dan tiga penumpangnya berdepan detik cemas apabila van yang dinaiki mereka tiba-tiba terbakar dalam kejadian berdekatan sebuah pasar raya di Jalan Ilmu, Senadin di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.24 petang.

Katanya, sejurus menerima panggilan tersebut, sepasukan  bomba dikerahkan  ke lokasi kejadian yang jaraknya sekitar 10 kilometer dari balai. 

“Setibanya pasukan di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah van dan api pada ketika itu hampir padam sepenuhnya oleh pekerja sebuah pasar raya berdekatan dengan menggunakan lima unit alat pemadam api jenis debu kering,” katanya.

Henry berkata, setelah pemeriksaan dibuat, pasukannya bertindak memadamkan saki-baki kebakaran tersebut. 

“Pemadaman dibuat menggunakan satu aliran satu pancutan salur bantu mula air dari jentera sehingga api padam sepenuhnya. 

“Setelah memastikan api padam sepenuhnya dan keadaan di lokasi didapati selamat, operasi ditamatkan pada jam 3.08 petang,” katanya.

Continue Reading

Previous: Stor penyimpanan tong gas LPG terbakar
Next: Lot kedai sayur, buah-buahan hangus dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.