PIALA SOLIDARITI EROPAH
REAL Madrid, Bayern Munich dan Inter Milan akan melancarkan pertandingan baru yang disebut sebagai ‘Piala Solidariti Eropah’ pada tahun 2021 untuk mengumpulkan wang untuk kemudahan perubatan di Itali dan Sepanyol.
Ketiga-tiga kelab akan bermain satu sama lain dalam kumpulan round-robin, dengan Inter menentang Bayern diadakan di Milan, Real menghadapi Inter di Madrid dan Bayern menjadi tuan rumah Real di Munich.
Hasil daripada perlawanan tersebut akan disumbangkan ke kemudahan perubatan di Itali dan Sepanyol, dua negara di dunia yang paling teruk dilanda wabak Covid-19.
Tujuannya adalah “untuk menyampaikan mesej solidariti dan persaudaraan kepada rakyat Eropah”, kata satu kenyataan dari Real Madrid.
Tarikh untuk kejohanan belum diputuskan. Masa akan “bergantung kepada kalendar perlawanan dan ketika bola sepak dapat dimainkan di hadapan peminat lagi”, kata kelab.
Bayern akan menjemput 5,000 jururawat, penjaga dan doktor ke Allianz Arena untuk perlawanan mereka menentang Real Madrid.
“Jururawat, penjaga dan doktor khususnya melakukan pekerjaan yang luar biasa bagi masyarakat pada masa ini,” kata pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge. “Kami, ketiga-tiga kelab, ingin menunjukkan penghargaan, poenghormatan dan terima kasih kepada para pahlawan ini.”
“Komitmen hebat daripada semua pekerja penjagaan kesihatan sangat penting untuk memungkinkan kita melihat masa depan,” kata presiden Inter, Steven Zhang.
“Dengan inisiatif ini kami ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka dan meraikan kerja mereka dan pada masa yang sama menghantar mesej perpaduan dan solidariti antara negara.” – AFP