Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga ekor burung hantu berjaya diselamatkan
  • TEMPATAN

Tiga ekor burung hantu berjaya diselamatkan

Utusan Sarawak 5 years ago

MIRI: Tiga ekor burung hantu ‘Collared Scops Owl’ jenis haiwan terlindung sepenuhnya berjaya diselamatkan oleh seorang wanita tempatan di sini, semalam.

Tiga ekor burung tersebut dijumpai di hadapan sebuah kedai di Taman Tunku dan kemudiannya diserahkan oleh wanita tersebut kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut.

Burung tersebut kini diletakkan di Taman Alam Semula Jadi Piasau (Piasau Nature Reserve) di Kem Piasau sebelum dibebaskan ke habitat asal.

Burung hantu adalah haiwan yang dilindungi sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan. Hidupan Liar 1998

Mana-mana orang yang didapati memelihara spesies yang dilindungi boleh dikenakan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM10,000.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC Zolkipli Mohamad Aton menerusi satu kenyataan mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut  atas tindakannya yang sedar dalam melindungi hidupan liar.

“Kesediaan masyarakat untuk menyerahkan haiwan menunjukkan bahawa masyarakat kita pada amnya kini lebih menyedari tanggungjawab mereka dalam menjaga kewujudan hidupan liar kita,” katanya.

Beliau menekankan bahawa haiwan liar sebaiknya dibiarkan tidak terganggu di alam semula jadi sebagai sebahagian daripada komuniti hutan.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai hidupan liar  digalakkan untuk menghubungi talian hotline SARAWAK FORESTRY di Kuching (019-8859996, 016-8565564), Sibu (019-8190140, 019-8894474), Bintulu (019-8223449, 019-8332737),  atau Miri (019-8224566, 019-8290994).

Continue Reading

Previous: Warga tempatan mula selesa dengan pembelian online
Next: MPKS, MBKS sambut baik tiada bazar Ramadan, Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.