Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiga ditahan terlibat judi atas talian
  • TEMPATAN

Tiga ditahan terlibat judi atas talian

Utusan Sarawak 5 years ago
PERIKSA… Polis memeriksa suspek.

KUCHING: Tiga suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan Ops Dadu yang dilakukan oleh Polis Bau pada rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Supritenden (DSP) Poge Nyaon berkata,  suspek pertama seorang lelaki berumur 41 tahun berkerja sebagai pemandu lori ditahan di sebuah kedai kopi di Kampung Stenggang, Jalan Bau Lundu .

Katanya suspek kedua seorang wanita berusia 20 tahun  yang berkerja sebagai Juruwang si sebuah  pasaraya Super di pekan Bau ditahan di pasaraya terbabit

Manakala suspek ketika, lelaki berumur 34 tahun juga berkerja sebagai juruwang  ditahan di sebuah kedai runcit di Singai, Tondong.

“Penahanan ketiga-tiga suspek ini dilakukan oleh pihak kita kerana mereka disyaki terlibat atau menjadi agen kepada aktiviti judi atas talian di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas tiga unit telefon pintar serta sejumlah wang tunai.

“Semakkan yang kita lakukan keatas ketiga-tiga susoek ini mendapati kesemua suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita ini tidak mempunyai rekon kesalahan jenayah lampau,” katanya.

Poge berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun jika disabit kesalahan.

Continue Reading

Previous: Jadikan pusat ibadat untuk bina ukhuwah
Next: Keluar/Masuk Sarawak perlu Surat Arahan Rasmi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.