Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga ditahan, syabu dirampas dalam dua serbuan berasingan di Kuching
  • JENAYAH

Tiga ditahan, syabu dirampas dalam dua serbuan berasingan di Kuching

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DADAH yang dirampas daripada pasangan suspek.

KUCHING: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak berjaya menahan tiga individu dalam dua operasi berasingan berkaitan dadah di sini, minggu ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata dalam tangkapan pertama pada 12.50 pagi semalam, seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang wanita berusia 29 tahun, kedua-duanya warga tempatan, ditahan di kawasan parkir Timberland Park, Kuching.

Menurutnya, polis turut merampas 52.75 gram dadah disyaki syabu bernilai kira-kira RM5,300 dalam operasi itu.

“Siasatan awal mendapati suspek lelaki positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, serta mempunyai 10 rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Suspek wanita turut disahkan positif dadah yang sama dan mempunyai 11 rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

RAMPASAN yang dibuat daripada suspek lelaki dalam kes berasingan.

Kedua-dua suspek kini, menurutnya, direman selama enam hari sehingga 30 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

Sementara itu, dalam kes berasingan malam kelmarin, seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun ditahan di tepi jalan berhampiran Kampung Muara Tebas, Kuching, sekitar 9.45 malam.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemui 33.45 gram dadah disyaki syabu dengan nilai anggaran RM3,300.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” jelas Alexson.

Suspek kini direman selama lima hari sehingga 29 April untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau minimum lima tahun penjara, bersama sekurang-kurangnya 10 sebatan.

Alexson turut menggesa orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah kepada pihak polis.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam usaha berterusan pihak berkuasa memerangi aktiviti berkaitan dadah di negeri ini,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Police arrest 38 year old local man over viral attempted robbery incident
Next: Gara-gara ‘Private Placement’, wanita tanggung rugi RM102,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.