Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, 20 saman dikeluarkan
  • JENAYAH

Tiga ditahan memandu bawah pengaruh alkohol, 20 saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERIKSA…Anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas pengguna jalan raya menerusi Op Mabuk di Jalan Miri-Airport di sini, awal pagi hari ini.Foto IPD Miri

MIRI: Tiga lelaki tempatan ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Operasi Khas Op Mabuk yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  di Jalan Miri-Airport di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP ) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 31 tahun itu ditahan selepas ujian pernafasan menggunakan

alat saringan kandungan alkohol dalam pernafasan (SD2) mendapati mereka mempunyai kandungan alkohol dalam badan semasa memandu.

PERIKSA…Anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas pengguna jalan raya menerusi Op Mabuk di Jalan Miri-Airport di sini, awal pagi hari ini.Foto IPD Miri

Menurutnya, susulan penahanan itu, sampel darah suspek telah diambil di Jabatan Forensik Hospital Miri bagi tujuan siasatan lanjut.

“Operasi yang bermula 11.00 malam semalam hingga 3.30 pagi itu  melibatkan seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota trafik.

“Seramai 75 individu terdiri daripada 55 lelaki dan 20 wanita serta 70 kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, sebanyak 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas termasuk memandu tanpa lesen, pengubahsuaian ekzos, cukai jalan tamat tempoh, gagal mempamerkan huruf ‘P’ serta kesalahan teknikal lain.

Menurutnya, individu yang disabitkan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun serta denda antara RM10,000 hingga RM30,000.

“Mereka juga boleh hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun,” katanya.

Mohd Farhan berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol kerana tindakan itu boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti samseng jalanan atau kesalahan trafik kepada polis untuk tindakan lanjut.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Vesel penumpang ditahan tiada peralatan kebakaran
Next: SPRM kesan penyelewengan lebih RM9 juta libat program Daya Kerjaya 2.0

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.