Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kereta, lori bertembung, tiga cedera di Jalan Pending
  • KEMALANGAN

Kereta, lori bertembung, tiga cedera di Jalan Pending

Utusan Sarawak 3 weeks ago
REMUK… Keadaan MPV jenis Toyota Avanza dan lori tiga tan di Jalan Pending berhampiran ICOM Square, pagi tadi.

KUCHING: Tiga mangsa dilaporkan cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Pending berhampiran ICOM Square melibatkan sebuah lori tiga tan dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza, pagi tadi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Pusat Gerakan Operasi (PGO) menerima panggilan kecemasan pada 7.36 pagi dan mengerahkan sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dua motosikal Rapid Intervention Unit (RIM).

Menurut Komander Operasi, PBK I Law Kim Hin, kemalangan tersebut mengakibatkan pemandu lori tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

ANGGOTA bomba melakukan operasi pembersihan di lokasi kemalangan melibatkan MPV dan sebuah lori di Jalan Pending berhampiran ICOM Square, pagi tadi.

“Pasukan bomba segera menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas ‘rescue tool’ bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. 

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal oleh unit EMRS sebelum dihantar ke hospital.

“Selain pemandu, dua kelindan lori turut mengalami kecederaan ringan dan turut menerima rawatan awal sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan JBPM Sarawak yang dikeluarkan, pagi tadi.

Tambahnya lagi, pemandu Avanza berjaya keluar dari kenderaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Pasukan memastikan keadaan di lokasi selamat sebelum operasi ditamatkan dan semua anggota kembali ke balai. Operasi turut dibantu oleh beberapa agensi lain yang berada di lokasi kejadian.

“JBPM Sarawak mengingatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan trafik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut kemalangan di Jalan Miri Bypass
Next: Mangsa lemas di Sungai Sengayan masih gagal ditemui, operasi disambung esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.