Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tiang elektrik tumbang berhampiran sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

Tiang elektrik tumbang berhampiran sekolah

Utusan Sarawak 4 months ago
TUMBANG… Tiang elektrik tumbang berhampiran salah sebuah sekolah rendah. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan pemantauan di Jalan Repok, malam tadi.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, pemantauan dijalankan berikutan laporan berkenaan bekalan elektrik terputus di kawasan tersebut.

“Pemantauan dilakukan di kawasan berhampiran salah sebuah sekolah rendah pada 11.00 malam.

“Setelah melakukan pemantauan, didapati terdapat tiang elektrik tumbang.

“Pasukan bomba tidak membuat sebarang operasi dan serah tugas kepada pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) yang tiba di lokasi pada 11.30 malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut beliau, pasukan bomba seterusnya bergerak ke Terminal 1 untuk meneruskan pemantauan paras air dan rondaan musim perayaan.

“Trend air pasang dan hujan sedang berlaku semasa rondaan pemantauan.

“Keadaan lalu lintas terkawal dan tiada panggilan kecemasan diterima semasa rondaan,” katanya.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir: 193 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Sukan Kidurong
Next: Banjir: 47 mangsa kini ditempatkan di PPS SMK Tatau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.