Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada rombakan Kabinet negeri susulan keputusan pemilihan PBB – Abang Johari
  • TEMPATAN

Tiada rombakan Kabinet negeri susulan keputusan pemilihan PBB – Abang Johari

Utusan Sarawak 3 months ago
Abang Johari ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), petang tadi, dan kemudian bercakap kepada pemberita.

PETRA JAYA: Tiada sebarang rombakan Kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat, sekali gus mengekalkan barisan kepimpinan kerajaan Sarawak sedia ada.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata malah mereka yang tewas dalam pemilihan masih menjadi sebahagian daripada pasukan dalam perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

“Tidak, ya prerogatif saya sebagai Premier… tidak ada rombakan, tiada kaitan dengan sebarang rombakan. 

“Semuanya akan berjalan seperti biasa,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya Perhimpunan Agung ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini petang tadi.

Beliau yang juga Presiden PBB mengulas kenyataan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah yang bersedia melepas jawatan itu setelah tewas dalam saingan merebut jawatan Naib Presiden PBB.

Awal hari ini, Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata beliau menyerahkan keputusan berhubung jawatannya itu kepada Premier Sarawak.

Abang Johari turut menjelaskan bahawa mereka yang tewas dalam pemilihan masih menjadi sebahagian daripada pasukan dalam perjuangan PBB.  

“Yang kalah bertanding pun masih lagi menjadi sepasukan untuk berjuang dalam PBB,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengulas mengenai pindaan perlembagaan parti yang dibuat semasa perhimpunan tersebut, yang hanya melibatkan perubahan terminologi tertentu serta penubuhan Majlis Yang Dipertua.  

“Majlis ini akan dianggotai oleh Yang Dipertua, Timbalan-timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua Kanan,” katanya.  

Keputusan pemilihan dan kenyataan Abang Johari itu mengukuhkan lagi kedudukan PBB sebagai parti dominan di Sarawak, dengan barisan kepimpinan yang mantap dan kekal bersatu untuk terus menerajui pentadbiran negeri.  

Oleh SHAH IZZAT dan MOHD NEENATUL AIZAL

Continue Reading

Previous: GKMM gesa JTK, KESUMA siasat syarikat ‘aniaya’ pengamal media
Next: Tun Wan Junaidi hadir majlis jamuan negeri sempena Majlis Hakim-Hakim Malaysia ke-58

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.