Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada peluang kedua opsyen SSPA
  • NASIONAL

Tiada peluang kedua opsyen SSPA

Utusan Sarawak 5 months ago
JELASKAN… Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz ditemui media selepas menonton Pementasan Teater Perkhidmatan Awam Tahun 2024 berjudul Lara Wirang di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia Malaysia (MMU) malam tadi. – Foto BERNAMA

CYBERJAYA: Tiada peluang kedua atau tempoh tambahan akan diberikan kepada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, ini kerana kerajaan telah memberikan satu tempoh yang wajar, iaitu dari 21 Oktober hingga 30 November lepas bagi membuat pilihan sama ada memilih SSPA atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

“Apabila tempoh masa tersebut telah melepasi apa yang telah ditetapkan, tiada ruang lagi untuk mereka membuat pilihan. Jadi mereka perlu berada dalam sistem sedia ada yang menjadi pilihan mereka.

“Sebenarnya yang tidak memilih (opsyen SSPA) ini sangat sedikit. Bagi saya, ini sesuatu yang kita tidak dapat elakkan kerana dalam pilihan ini ada yang menerima, ada yang tidak, itu perkara yang lumrah dalam pemilihan,” katanya sambil menambah tiada sebarang tindakan akan diambil terhadap mereka yang tidak memilih opsyen SSPA.

Beliau berkata demikian kepada Bernama dan RTM ketika hadir menyaksikan pementasan Teater Perkhidmatan Awam ‘Lara Wirang’ di Dewan Tun Canselor, Multimedia University di sini, malam tadi.

Dilaporkan hanya 0.13 peratus atau 1,400 orang daripada 1.5 juta penjawat awam tidak menandatangani opsyen SSPA.

Wan Ahmad Dahlan dalam pada itu turut menzahirkan penghargaan kepada penjawat awam menandatangani opsyen SSPA, malah telah menikmati kenaikan gaji pertama mereka kelmarin selepas pelarasan di bawah skim itu.

“Ini menunjukkan apa yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah dikotakan,” katanya.

Sementara itu, Teater Lara Wirang, yang menampilkan suatu kisah di Tanah Melayu dan Kepulauan Jawa dalam tahun 1427 hingga 1492, dipentaskan oleh 95 penjawat awam berbilang bangsa dari pelbagai agensi meliputi Persekutuan, negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan serta pelajar universiti.  

Bermula 2014, Jabatan Perkhidmatan Awam mengorak langkah mengadakan persembahan Teater Perkhidmatan Awam sebagai pengisian penting Majlis Genta Bahasa yang merupakan penutup Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sektor awam. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Pencarian MH370 akan diteruskan
Next: Amaran hujan tahap buruk di Sarawak, Sabah hingga esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.