Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tiada masalah pengundi berseluar pendek
  • NASIONAL

Tiada masalah pengundi berseluar pendek

Utusan Sarawak 5 years ago

TANJUNG MALIM, 29 Ogos -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh (kiri) meninjau proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki hari ini.?PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas iaitu peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi serta bekas guru S. Santharasekaran.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??TANJUNG MALIM, Aug 29 -- Election Commission (EC) chairman Datuk Abdul Ghani Salleh (left) monitoring the voting process of the Slim state by-election at Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, today.?The by-election is a three-cornered fight among Barisan Nasional (BN) candidate Mohd Zaidi Aziz and two Independent candidates -- lawyer Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, who is representing the yet-to-be registered Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), and former teacher, S. Santharasekaran. ?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh (kiri) meninjau proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki semalam. • Foto BERNAMA

TANJUNG MALIM: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, salah faham mungkin punca beberapa pengundi berseluar pendek tidak dibenar memasuki pusat pembuangan undi semalam.

Ini kerana kata beliau berseluar pendek bukan satu kesalahan menurut peraturan SPR, sebaliknya larangan hanya terpakai kepada mereka yang berpakaian tidak sopan atau mencolok mata.

    “… berseluar pendek ini pada saya  masih kita benarkan. Kita harap mereka ini datang balik mengundi, jangan merajuk. Dari segi peraturan tiada masalah, mungkin ada tersalah dari segi pelaksanaan,” katanya ketika ditemui pemberita di  Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, di sini semalam.

Beliau mengulas satu insiden di sekolah itu pagi semalam apabila beberapa pengundi yang hadir berseluar pendek tidak dibenar memasuki pusat pengundian dan sesetengahnya pula dilihat mengoyakkan kad pengundi yang diberikan SPR kerana marah.

Bernama difahamkan beberapa pengundi tersebut yang kembali ke pusat pengundian selepas dipujuk oleh ejen parti dibenarkan mengundi manakala yang lain pula datang semula dengan berseluar panjang.

Sementara itu, Abdul Ghani menasihati pengundi yang belum menunaikan tanggungjawab agar datang bersendirian susulan ada segelintir yang turut membawa ahli keluarga. 

Menurutnya, tindakan itu hanya menyumbang kepada kesesakan di pusat pembuangan undi sedangkan negara masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Beliau juga berkata, SPR berharap dapat mencapai sasaran 85 peratus pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim itu.

Setakat 1.00 tengah hari semalam kira-kira 41 peratus daripada  22,749 pengundi biasa telah menjalankan  tanggungjawab mereka.

Beliau turut menyeru pemilih muda keluar mengundi berikutan pemerhatiannya mendapati saluran lima dan enam yang diperuntuk untuk golongan itu agak lengang.

PRK Dewan Undangan Negeri Slim menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional  Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas   iaitu S. Santharasekaran dan  Amir Khusyairi Mohamad Tanusi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia tidak tunduk tuntutan terhadap Sabah
Next: Pengundi 96 tahun antara terawal mengundi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.